Monday, May 18, 2009

Romantik Bersama Ikan Di Hari Kekasih. (14/02/2009)

Valentine oh valentine
Trip kali ini sememangnya dirancang awal sewaktu kembali trip bulan lepas. Ada perubahan dalam krew-krew kapal pejuang kali ini iaitu, Ah Su dan Micheal, Tekong Abdul telah menetapkan bahawa kami akan menempuh cabaran Pulau Mengalum lagi dihari Valentine ini (14/02/09).setelah membeli umpan

Seperti biasa saya (penulis) menjemput Ah Ben dirumahnya seawal 4.30 pagi. Setelah membeli umpan basung, lumahan dan ikan kayu, apa lagi melantaklah dulu breakfast dikedai mamak.Kami antara krew terawal tiba dijeti Safma pagi itu, memang bersemangat dan perasaan berkobar-kobar. Dalam pukul 7.30 pagi semua krew-krew telah tiba dan perjalanan pun bermula.

7 jam yang mencabar.
"kita semua akan terus menuju destinasi utama kita iaitu di Takat 121 meter", kata Tekong Abdul seperti biasa saya (penulis) dan Ah Ben mengambil peralatan pancing untuk menunda gewang. Halco Bonita ultramen adalah pilihan Ah Ben pada trip kali ini..dan saya hanya menggunakan gewang River 2 sea. Ah Ben melepaskan tali braided sejauh 150 meter ke belakang dan kemudian barulah saya menurunkan River 2 sea. 4 jam kemudian, gewang belum di sambar lagi, kami berdua melabuhkan badan untuk beristirehat sebentar, zitt..zitt..zitt.. kekili Shimano Tiagra 30 berdesit dengan nyaringnya...Rod Nsh brand USA melentur menyembah bumi, Ah Ben melompat menerkam pancingnya dan berjuang habis-habisan. Krew-krew lain juga terjaga dari tidur dan berdiri memerhatikan Ah Ben berhempas pulas menaikkan sang ikan. 7 min berlalu, ikan belum naik lagi,"mungkin tenggiri 10kgtu" usik Ah su kepada Ah Ben. Kelihatan seekor ikan Barracuda timbul di permukaan air. Tekong Abdul membantu Ah Ben menaikkan ikan barracuda tersebut ke atas.

Ah Su memuji-muji kehebatan Ah Ben lantas memberi semangat ke setiap jiwa krew-krew kapal. Tekong Abdul meneruskan perjalanan ke lubuk yang dirancang dan saya masih terus menerukan perjuangan dengan gewang River 2 Sea yang dilabuhkan.

Beberapa jam kemudian, tekong Abdul memberi isyarat bahawa lebih kurang 5 min, kapal akan berlabuh. Lubuk pertama dimulai dengan beberapa ikan kerapu dan kerisi berskala 500g hingga 1kg dinaikkan. Populasi kerapu cukup banyak di lubuk ini, namun saiznya yang tidak besar menjelaskan kepentingan kawasan ini sebagai tempat asuhan. Semakin lama semakin sunyi, tekong Abdul menghidupkan enjin untuk ke takat seterusnya.

Senja yang sunyi.

Petang itu tidak banyak ikan yang dinaikkan, hanya beberapa ekor ikan sahaja. Enjin dihidupkan semula dan beredar ke lubuk seterusnya yang berkedalaman 118meter. Keadaan tetap sama, senja semakin sunyi hanya terdapat bunyi generator yang mengaum.Ah Ben memberi semangat kepada krew-krew kapal dengan menaikkan ibu kerisi seberat 4 kg.

Ibu kerisi VS Tambong (Red sapper)



Barracuda 8.5Kg menggunakan gewang Halco Giant Trembler.
Shimano Tiagra 20 adalah kekili yang sesuai untuk menunda gewang.


Tambong(Red Snapper) 7Kg
Tambong(Red Snapper) 6.5Kg
Tambong(Red Snapper) 5.5Kg

Tambong(Red Snapper) 5.5Kg


Ikan Chubi(Emper0r Snapper) 6.5Kg
Hasil tangkapan Don buat di trip kali ini.
Aji-Aji(Amberjack) 5.5Kg

Hasil Tangkapan Ah Su buat trip kali ini.
Team KKFT dengan hasil tangkapan di Hari Kekasih.

No comments:

Post a Comment

Followers