Kampung Kuala Abai
merupakan spot memancing bagi pemancing-pemancing tegar di kala hari bercuti. Terdapat banyak lubuk-lubuk yang dikatakan banyak ikan jagoannya seperti Ikan kerapu, Ikan Cermin, Barracuda, Siakap Putih(selungsung), Ikan merah, Talang, Pecah periuk(Triple Tail), Gelama, Sembilang, Belukang, Pari dan bermacam-macam jenis ikan lagi. Pulau Usukan merupakan pulau yang terhampir sekali dengan kampung Kuala Abai adalah lokasi yang tidak asing lagi bagi kaki-kaki pancing. Para pemancing kerap memancing berdekatan dengan pulau tersebut. Kaedah-kaedah memancing seperti casting, trolling dan pancing dasar sering digunakan oleh kaki-kaki pancing yang singgah ke tempat ini. Gewang-gewang yang kerap digunakan adalah seperti Halco STD 90 dan 125 ultraman, Rapala D Magnum ultraman, Yozuri Tobimaru dan lain-lain lagi. Udang bakau, ikan kembura dan hirisan basung adalah merupakan umpan bagi kaedah memancing dasar.
Barracuda sebesar ini hasil tangkapan menggunakan teknik tundaan gewang Halco STD125 ultraman.
Saiz ikan sebegini boleh didapati di persisiran pantai menggunakan umpan udang hidup sahaja
Pecah Periuk (Triple Tail)
3 jenis ikan Pari boleh didapati di kawasan sini.
Selungsung 6.5Kg
Ikan Gelama di persisiran pantai
Sotong didapati di Pulau Usukan.
Ikan Kerapu table sizes di P. Usukan
Ikan Putih(GT) mengunakan tudaan gewang Halco.
Ikan Cermin dan Ikan Manyong sederhana.
Gewang Halco STD125 ultraman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment