Monday, May 18, 2009

"Ang Pao" Tahun Baru Cina (29/01/2009-30/01/2009)

Ang Pau, Tahun Baru Cina
Bukan sekali kami tewas , sudah banyak kali hingga tak terbilang kekalahan yang diraih tetapi semangat juang tetap mantap, bagaikan isi tuna yang kenyal dan kental. Atas sebab itu juagalah, kami berkumpul semula dijeti Safma pada 29/Jan/09 iaitu Tahun Baru Cina untuk melakukan satu lagi expedisi harapan, selama 2 hari 1 malam menuju pulau mengalum.

Setelah semua bersiap , kapal KK Law 2 bergerak menuju lubuk yang kami janjikan. Perjalanan ke lubuk rahsia ini mengambil masa 6 jam. Terdapat sembilan pemancing yang menyertai trip kali ini mengambil tempat tidur masing-masing untuk....untuk apa lagi tidur lah...

Tit...tit...tit...tekong Abdul membunyikan hon memberi petanda bahawa boleh menurunkan pancing. Kelam kabut dibuatnya, masing-masing berebut-rebut nak menurunkan pancing. Wah....dalamnya, takat pertama sedalam 118 meter, patah tangan dibuatnya, tapi semua peserta hardcore-hardcore belaka, dalam bukan penghalangnya. Ada yang menggunakan sabiki, dan ada yang menggunakan jaur (spreader). Beberapa kali kami berurutan menaikkan kerisi bali dan kerapu yang berskala 1 hingga 2 kg. Banyak juga strike putus, kerana joran tak mampu menahan asakan ikan gelojoh ini. Selang beberapa jam, keadaan menjadi senyap semula, muka-muka masam kelihatan pada para pemancing. Angkat pancing...!!! Tekong Abdul berteriak menandakan ingin menukar lubuk lain....

Petang yang suram selang beberapa minit kami sampai ke takat kedua, kaki bottom agak sibuk pada masa ni,ada yang layan apollo dan ada yang layan jaur (spreader). Ah Ben telah berjaya menaikkan beberapa ekor ikan kerapu dan kerisi, begitu juga dengan Edon, Erme dan ojo.Bahagian belakang kapal agak sunyi sepi, kekadang dapat juga menaikan seekor kerapu dan kekadang juga langsung tak naik.

Sudah beberapa kali lubuk bertukar-tukar keadaan masih tak berubah, hanya sekali dua jak ikan dinaikkan . Senja melabuhkan serinya dan laut semakin tenang dan malam mulai menjelma,kali ini Tekong Abdul membawa ke lubuk Monster berkedalaman 121 meter, Ah Ben , penulis dan rakan-rakan lain bersiap sedia untuk menurunkan pancing.

Sambaran Tambong pak...puk..pak.. bunyi ikan nak minta dilepaskan, Ah Ben kelihatan paling sibuk sekali melayan karena kerisi bali yang amat gelojoh membaham umpan. wah..ikan mahal tu !! sampuk Ah Ben kepada Jeremy yang dapat menaikkan pearl fish (zhen zhulu) bersaig 2kg. Satu kapal menjadi kelam kabut di malam hari apabila sang merah mulai menunjukkan taring...Tambong ...tambong... jerit Ah Ben ... Sambaran Rod saja.. dah kencang, macam nak patahkan rod...dah 7 ekor Tambong dinaikkan AhBen , penulis hanya mendapat seekor berskala 3kg, dan begitu juga pemancing lain, yang dapat menaikkan 3kg hingga 4kg. Kesibukan itu dapat dirasai sehingga awal pagi, para pemancing menarik nafas lega dan tersenyum dengan pendapatan atau hasil tangkapan masing-masing.

Sedar-sedar waktu subuh pun dah nak habis. Tekong Abdul berpindah ke takat seterusnya, dan kelihatan AhBen, Erme, Ojo, Edon belum mahu menyerah kalah, mereka masih mahu meneruskan perjuangan . Selang beberapa jam, Tekong Abdul memberitahu Ah Ben tentang masa untuk pulang.

Kami mula mengemas perkakas perang perlahan-lahan, sambil minum kopi. Dalam perjalanan pulang, sempat juga Ah Ben dan penulis menunda gewang di unjam-unjam yang dilalui. Ikuti trip yang seterusnya pada 14 Feb 2009 iaitu hari kekasih...........Tambong(Red Snapper) 7.5Kg
Tambong(Red Snapper) 5.9Kg
Tambong(Red Snapper) 3.5Kg
Ikan Pearl(Zhen zhu Lu) 2.8Kg
Ikan Aji-Aji(Amberjack) 3.7Kg
Kerisi Bali

No comments:

Post a Comment

Followers