Barracuda 7.5Kg menggunakan gewang Rapala CD Magnum.
Red Bass 8.5Kg
Ikan Kerapu 9Kg
Indahnya ciptaan Tuhan
Panas......Lapar.....tiada ikan lagi......
Tambong 3.5Kg
Friday, May 22, 2009
Monday, May 18, 2009
Romantik Bersama Ikan Di Hari Kekasih. (14/02/2009)
Valentine oh valentine
Trip kali ini sememangnya dirancang awal sewaktu kembali trip bulan lepas. Ada perubahan dalam krew-krew kapal pejuang kali ini iaitu, Ah Su dan Micheal, Tekong Abdul telah menetapkan bahawa kami akan menempuh cabaran Pulau Mengalum lagi dihari Valentine ini (14/02/09).setelah membeli umpan
Seperti biasa saya (penulis) menjemput Ah Ben dirumahnya seawal 4.30 pagi. Setelah membeli umpan basung, lumahan dan ikan kayu, apa lagi melantaklah dulu breakfast dikedai mamak.Kami antara krew terawal tiba dijeti Safma pagi itu, memang bersemangat dan perasaan berkobar-kobar. Dalam pukul 7.30 pagi semua krew-krew telah tiba dan perjalanan pun bermula.
7 jam yang mencabar.
"kita semua akan terus menuju destinasi utama kita iaitu di Takat 121 meter", kata Tekong Abdul seperti biasa saya (penulis) dan Ah Ben mengambil peralatan pancing untuk menunda gewang. Halco Bonita ultramen adalah pilihan Ah Ben pada trip kali ini..dan saya hanya menggunakan gewang River 2 sea. Ah Ben melepaskan tali braided sejauh 150 meter ke belakang dan kemudian barulah saya menurunkan River 2 sea. 4 jam kemudian, gewang belum di sambar lagi, kami berdua melabuhkan badan untuk beristirehat sebentar, zitt..zitt..zitt.. kekili Shimano Tiagra 30 berdesit dengan nyaringnya...Rod Nsh brand USA melentur menyembah bumi, Ah Ben melompat menerkam pancingnya dan berjuang habis-habisan. Krew-krew lain juga terjaga dari tidur dan berdiri memerhatikan Ah Ben berhempas pulas menaikkan sang ikan. 7 min berlalu, ikan belum naik lagi,"mungkin tenggiri 10kgtu" usik Ah su kepada Ah Ben. Kelihatan seekor ikan Barracuda timbul di permukaan air. Tekong Abdul membantu Ah Ben menaikkan ikan barracuda tersebut ke atas.
Ah Su memuji-muji kehebatan Ah Ben lantas memberi semangat ke setiap jiwa krew-krew kapal. Tekong Abdul meneruskan perjalanan ke lubuk yang dirancang dan saya masih terus menerukan perjuangan dengan gewang River 2 Sea yang dilabuhkan.
Beberapa jam kemudian, tekong Abdul memberi isyarat bahawa lebih kurang 5 min, kapal akan berlabuh. Lubuk pertama dimulai dengan beberapa ikan kerapu dan kerisi berskala 500g hingga 1kg dinaikkan. Populasi kerapu cukup banyak di lubuk ini, namun saiznya yang tidak besar menjelaskan kepentingan kawasan ini sebagai tempat asuhan. Semakin lama semakin sunyi, tekong Abdul menghidupkan enjin untuk ke takat seterusnya.
Senja yang sunyi.
Petang itu tidak banyak ikan yang dinaikkan, hanya beberapa ekor ikan sahaja. Enjin dihidupkan semula dan beredar ke lubuk seterusnya yang berkedalaman 118meter. Keadaan tetap sama, senja semakin sunyi hanya terdapat bunyi generator yang mengaum.Ah Ben memberi semangat kepada krew-krew kapal dengan menaikkan ibu kerisi seberat 4 kg.
Ibu kerisi VS Tambong (Red sapper)
Barracuda 8.5Kg menggunakan gewang Halco Giant Trembler.
Shimano Tiagra 20 adalah kekili yang sesuai untuk menunda gewang.
Tambong(Red Snapper) 7Kg
Tambong(Red Snapper) 6.5Kg
Tambong(Red Snapper) 5.5Kg
Tambong(Red Snapper) 5.5Kg
Ikan Chubi(Emper0r Snapper) 6.5Kg
Hasil tangkapan Don buat di trip kali ini.
Aji-Aji(Amberjack) 5.5Kg
Hasil Tangkapan Ah Su buat trip kali ini.
Team KKFT dengan hasil tangkapan di Hari Kekasih.

"Ang Pao" Tahun Baru Cina (29/01/2009-30/01/2009)
Ang Pau, Tahun Baru Cina
Bukan sekali kami tewas , sudah banyak kali hingga tak terbilang kekalahan yang diraih tetapi semangat juang tetap mantap, bagaikan isi tuna yang kenyal dan kental. Atas sebab itu juagalah, kami berkumpul semula dijeti Safma pada 29/Jan/09 iaitu Tahun Baru Cina untuk melakukan satu lagi expedisi harapan, selama 2 hari 1 malam menuju pulau mengalum.
Setelah semua bersiap , kapal KK Law 2 bergerak menuju lubuk yang kami janjikan. Perjalanan ke lubuk rahsia ini mengambil masa 6 jam. Terdapat sembilan pemancing yang menyertai trip kali ini mengambil tempat tidur masing-masing untuk....untuk apa lagi tidur lah...
Tit...tit...tit...tekong Abdul membunyikan hon memberi petanda bahawa boleh menurunkan pancing. Kelam kabut dibuatnya, masing-masing berebut-rebut nak menurunkan pancing. Wah....dalamnya, takat pertama sedalam 118 meter, patah tangan dibuatnya, tapi semua peserta hardcore-hardcore belaka, dalam bukan penghalangnya. Ada yang menggunakan sabiki, dan ada yang menggunakan jaur (spreader). Beberapa kali kami berurutan menaikkan kerisi bali dan kerapu yang berskala 1 hingga 2 kg. Banyak juga strike putus, kerana joran tak mampu menahan asakan ikan gelojoh ini. Selang beberapa jam, keadaan menjadi senyap semula, muka-muka masam kelihatan pada para pemancing. Angkat pancing...!!! Tekong Abdul berteriak menandakan ingin menukar lubuk lain....
Petang yang suram selang beberapa minit kami sampai ke takat kedua, kaki bottom agak sibuk pada masa ni,ada yang layan apollo dan ada yang layan jaur (spreader). Ah Ben telah berjaya menaikkan beberapa ekor ikan kerapu dan kerisi, begitu juga dengan Edon, Erme dan ojo.Bahagian belakang kapal agak sunyi sepi, kekadang dapat juga menaikan seekor kerapu dan kekadang juga langsung tak naik.
Sudah beberapa kali lubuk bertukar-tukar keadaan masih tak berubah, hanya sekali dua jak ikan dinaikkan . Senja melabuhkan serinya dan laut semakin tenang dan malam mulai menjelma,kali ini Tekong Abdul membawa ke lubuk Monster berkedalaman 121 meter, Ah Ben , penulis dan rakan-rakan lain bersiap sedia untuk menurunkan pancing.
Sambaran Tambong pak...puk..pak.. bunyi ikan nak minta dilepaskan, Ah Ben kelihatan paling sibuk sekali melayan karena kerisi bali yang amat gelojoh membaham umpan. wah..ikan mahal tu !! sampuk Ah Ben kepada Jeremy yang dapat menaikkan pearl fish (zhen zhulu) bersaig 2kg. Satu kapal menjadi kelam kabut di malam hari apabila sang merah mulai menunjukkan taring...Tambong ...tambong... jerit Ah Ben ... Sambaran Rod saja.. dah kencang, macam nak patahkan rod...dah 7 ekor Tambong dinaikkan AhBen , penulis hanya mendapat seekor berskala 3kg, dan begitu juga pemancing lain, yang dapat menaikkan 3kg hingga 4kg. Kesibukan itu dapat dirasai sehingga awal pagi, para pemancing menarik nafas lega dan tersenyum dengan pendapatan atau hasil tangkapan masing-masing.
Sedar-sedar waktu subuh pun dah nak habis. Tekong Abdul berpindah ke takat seterusnya, dan kelihatan AhBen, Erme, Ojo, Edon belum mahu menyerah kalah, mereka masih mahu meneruskan perjuangan . Selang beberapa jam, Tekong Abdul memberitahu Ah Ben tentang masa untuk pulang.
Kami mula mengemas perkakas perang perlahan-lahan, sambil minum kopi. Dalam perjalanan pulang, sempat juga Ah Ben dan penulis menunda gewang di unjam-unjam yang dilalui. Ikuti trip yang seterusnya pada 14 Feb 2009 iaitu hari kekasih...........Tambong(Red Snapper) 7.5Kg
Tambong(Red Snapper) 5.9Kg
Tambong(Red Snapper) 3.5Kg
Ikan Pearl(Zhen zhu Lu) 2.8Kg
Ikan Aji-Aji(Amberjack) 3.7Kg
Kerisi Bali

Saturday, May 16, 2009
Fishing Everywhere
Bukan sekali kami tewas, malahan sudah berkali-kali hingga tak terbilang kekalahan yang diraih tetapi semangat juang tetap mantap, bagaikan isi tuna yang kenyal dan kental. Perjuangan tetap diteruskan, daripada tasik, muara, tepi pantai, kolam dan sungai kami lapangkan masa untuk casting, popping dan pancing dasar. Antara spot memancing yang menjadi sasaran kami ialah Tanjung lipat, Klias (Beaufort), Kg.Padawan, Jambatan Yayasan Sabah, Jeti Haji Osman dan banyak lagi. Di sini, kami mempraktikkan kaedah-kaedah memancing menggunakan teknik casting, popping dan pancing dasar. Dibawah kami selitkan gambar-gambar memori indah seseorang kaki pancing.
Ikan Patin 22Kg dapat di sungai Papar.
Hasil tangkapan di Trayong, Tuaran.
Barracuda casting menggunakan gewang 'Yozuri Tobimaru'
Selungsung casting menggunakan gewang Yozuri
Jalak sebesar ini dinaikan menggunakan teknik casting di Kg Mahandor, Penampang.
Ikan Talapia menggunakan casting dan fly fishing.
Pancing Udang Galah di Sungai Klias
Ikan Ketutu Menggunakan Gewang Ecogear Sinking Lure.
Ikan Kerapu berjaya ditipu menggunakan udang hidup.
Ikan Merah ini casting menggunakan gewang Yozuri Sashimi Jerkbait.
Subscribe to:
Posts (Atom)